Profil Sekolah
PROFIL SEKOLAH
Sejarah Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (4)
Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (4) di tubuhkan pada 1 Januari 1993. Ia
ditubuhkan dari SRK Sultan Ismail (2) apabila sekolah ini mencapai bilangan
murid melebihi 1200 orang.
Asal-Usul Nama Sekolah
Nama sekolah ini telah dipilih sempena nama Sultan Ismail ibni Almarhum
Sultan Muhamad Ke IV yang memerintah Kelantan dari tahun 1920 – 1944 iaitu
Sultan Kelantan yang kesepuluh mengikut sejarah Kelantan moden
Tarikh Nama Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (4) Mula
Digunakan
Nama Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (4) telah mula digunakan dengan
rasminya pada 1 Januari 1993.
Guru Besar Pertama
Guru Besar Pertama yang dilantik
menerajui Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (4) ialah Pn. Hjh Salmah bt. Ismail.
Beliau memulakan tugas sebagai guru
besar di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (4)
pada 1 Julai 93.
Logo Sekolah
Penjelasan logo
Konsep :
Bentuk
lencana adalah simbolik nombor empat sempena nama sekolah.
Geometri :
Kemajuan dalam bidang akademik yang
terus meningkat dari masa
kesemasa.
Buku :
Salah satu sumber terpenting dalam
membantu kecemerlangan
akademik.
Lambang
Olimpik :
Sasaran
tahap kejayaan bukan sahaja di dalam Negara tetapi
juga diperingkat antarabangsa.
Tahun 1993 : Merupakan tarikh di mana sekolah ini
ditubuhkan.
Motto :
‘Inovasi dan Kreativiti Wawasan
Generasi’
Motto Sekolah
‘Inovasi dan Kreativiti Wawasan Generasi’
Falsafah :
Sekolah menitik beratkan daya
pemikiran dan sistem pembelajaran yang berkualiti dan terkini demi
pembangunan bangsa dan generasi muda masa hadapan.
Inspirasi :
Lahirnya cogankata ini adalah
bersesuaian dengan tahun 1993
merupakan tahun wawasan yang menekankan kepada
kualiti dan daya pemikiran generasi muda
menjelang 2020.
Lokasi Sekolah
Lokasi asal sekolah terletak di Jalan Long Yunus menggunakan fasiliti
bangunan Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (2). Pada tahun 1 Januari 2002 lokasi
sekolah ini dipindahkan ke bangunan baru di Jalan Guchil Bayam.
Comments
Post a Comment